Pembentukan asal Kor Tentera Australia dan New Zealand

Ilustrasi popular tentera Anzac sempena pertempuran di Gallipoli

Rancangan untuk pembentukan bermula pada November 1914 ketika kontinjen pertama tentera Australia dan New Zealand masih dalam konvoi menuju, seperti yang mereka fikir, ke Eropah. Walau bagaimanapun, berikutan pengalaman daripada Pasukan Ekspedisi Kanada berkhemah di Dataran Salisbury, telah diputuskan untuk tidak mendedahkan tentera Australia dan New Zealand kepada musim sejuk Inggeris dan mereka dilencongkan ke Mesir untuk latihan sebelum bergerak ke Medan Barat di Perancis.[1] Setiausaha Negara untuk Perang British, Horatio Kitchener, melantik Jeneral William Birdwood, seorang pegawai Tentera India British, untuk memerintah kor dan telah dipersiapkan kebanyakan kakitangan kor dari Tentera India juga. Birdwood tiba di Kaherah pada 21 Disember 1914 untuk mengambil alih perintah kor.

Pada asalnya ingin menamakan kor sebagai Kor Tentera Australasian, gelaran ini digunakan dalam diari unit, berikutan amalan biasa pada masa itu, yang sering menyaksikan New Zealand dan Australia bersaing bersama-sama sebagai Australasia dalam acara sukan.[2] Walau bagaimanapun, bantahan dari New Zealand membawa kepada penggunaan nama Kor Tentera Australia dan New Zealand. Kerani pentadbiran mendapati gelaran terlalu rumit dengan cepat menggunapakai singkatan A. & N.Z.A.C. atau hanya ANZAC.[2] Tidak lama selepas itu ia secara rasmi diterima sebagai nama kod untuk kor tetapi ia biasa di kalangan tentera sehingga selepas pendaratan Gallipoli.

Berkaitan